Thursday, July 22, 2010

KELAPA

Hi..

Kalau tengok je tajuk mesti korang ingat aku nak tanam pokok kelapa, tak pun nak jadi pembekal kelapa muda... ooohhhhh sedap tu kalau minum air kelapa muda waktu panas-panas terik...

Kalau dulu-dulu dekat kampung-kampung kebiasaannya orang akan menggunakan sabut kelapa ni untuk jadikan bahan bakar untuk masak kuih baulu, dijadikan sungkupan untuk orkid seperti vanda, tak pun hanya dibuang dan dibakar atau apa saja lah yang boleh digunakan.

Tapi hari ni sabut kelapa dah digunakan dengan meluas... antaranya digunakan sebagai media tanaman untuk penanaman sayur-sayuran sistem fertigasi, media campuran tanaman, pasu, bahan sungkupan tanaman dan lain-lain lagi...

Beberapa minggu lepas aku ada membeli Brassavola nodosa dan media yang digunakan adalah sabut kelapa yang dipotong-potong kecil-kecil (juga dikenali dengan nama "coco husk cube")..... so terpikir la nak buat sendiri.. tapi sebelum terpikir nak buat sendiri tu aku dah tanya banyak nursery dekat area aku ni diaorang semua cakap tak pernah dengar benda tu...

Ni lah orkid yg dibeli menggunakan media coco husk cube.



Ni aku share camne nak buat sendiri... 

1) Sabut kelapa.

2) Potong menggunakan cutter kecil-kecil menjadi cube... saiz pun bergantung kepada korang... nak kecil-kecil ke... nak besar-besar ke... ikut citarasa sendiri...


3) Untuk kali ni aku masukkan kedalam pasu cattleya...

Selamat mencuba ye.......


4 comments:

  1. farazi...guna coco husk cube ni ada gak kelemahannya. pastikan juga air dapat mengalir terus dan jangan sekali-kali biar air bertakung kerana ianya boleh menjadikan sabut tu menjadi asid dan boleh membunuh orkid kesayangan tu...

    ReplyDelete
  2. penjagaan orkid bertambah sukar... jika musim hujan dan pokok terdedah tanpa bumbung. Ia akan mneyebabkan air akan terperap dalam media ini.... keasidan bertambah pada media...serta akan menggalakkan pembiakan kulat.

    ReplyDelete
  3. TQ tn Orchid de dangau atas pandangan dan nasihat itu... media tersebut boleh dicampur dgn arang juka letak di kwasan terdedah...

    ReplyDelete