Salam.... kali ni aku nk share skit tentang cara nak repot orkid jenis Phalaenopsis..
1) Korang pilih pokok yang dah sampai masa nk di repot... pastikan pokok orkid yang benar-benar perlu sahaja dipilih dan sekiranya pokok orkid tu tengah berbunga biar bunganya habis gugur dulu baru repot...
2) Biasanya spesis Phalaenopsis ni media tanamannya adalah sphagnum moss. so, korang buang dulu sphagnum moss yang lama dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan akar.
3) Selepas sphagnum moss yang lama diasingkan daripada akar pokok... korang cuci akar pokok tadi dengan air paip yang bersih bagi menghilangkan kekotoran yang terlekat pada akar.
4) Potong akar yang telah mati dan rosak.
5) Sediakan media tanaman... untuk kali ini aku menggunakan campuran sphagnum moss + arang kecil... kalau korang nak guna 100% sphagnum moss pun boleh... tapi kene pastikan kalau media masih lembab jangan disiram. Sebabnya campuran ini aku guna adalah untuk mengelakkan daripada terlebih air siraman dan membolehkan media kering dengan cepat... aku ni suka sangat menyiram pokok...
6) Sediakan pasu yang bersesuaiaan... di bahagian bawah aku letakkan ketulan arang yang besar untuk pengaliran air dan udara....
7) Inilah hasilnya setelah di repot.... selamat mencuba...
Masukkanlah cerita ni dlm forum....
ReplyDelete