Saturday, November 27, 2010

DIY DAWAI PENYANGKUT PASU

Kali ni nk share skit pasal camne nak buat sendiri dawai penyangkut pasu... kadang-kadang nursery berdekatan dengan kawasan kita tak ada stok dan kalau buat sendiri dapat la jimat skit.


Langkah 1
Sediakan alatan yang sesuai seperti gambar di bawah, bahan-bahan yang diperlukan adalah dua jenis dawai yang berlainan ketebalan.






Langkah 2
Potong dawai tebal untuk dijadikan kepala penyangkut. (ukuran lebih kurang sejengkal, kalau tak pasti boleh beli satu dawai pengantung yang dah siap dan boleh dijadikan contoh)




Langkah 3
Emmmm..macam mana nk terangkan ek..hehehe..oklah kalau perhatikan gambar di bawah ni mesti faham kan. Main bengkok-bengkok ja... kalau nak mudah pakukan kayu seperti dalam gambar....









Langkah 4
Potong dawai nipis mengikut panjang yang dikehendaki. Satu dawai dilipat menjadi dua dan satu lagi dawai dilebihkan pada hujungnya untuk menjadi pegikat pada kepala penyangkut.


Langkah 5
Masukkan dawai nipis di dalam lubang pada kepala penyangkut dan ikan dengan kemas.





HASIL




Selamat Mencuba...



5 comments:

  1. wah farazi!
    sungguh details dan nampak mudah.boleh tak beri size dawai yang tebal tu sebab hard ware kat sini susah nak cari.

    ReplyDelete
  2. @Orchid de dangau: Terima Kasih.... kalau buat sendiri boleh jimat sebab dawai tu beli timbang KG.

    @juliadam: TQ. kak, saiz besi tebal tu diameter lebih kurang 3mm sama macam dawai penyangkut yang beli kt kedai. kalau kt umah ada cuba akak ukur atau bawa ke kedai hardware sebagai contoh....

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya....tapi tgn tak larat nak pintal besilah....mehlah jual kat kami, manatau dpt kurang dr kedai, kami borong semua.....

    ReplyDelete
  4. hahaha.... lengoh jari 3 hari tak hilang, buat 3 batang tu pun ambik masa stengah hari.... tp puas hati sbb buat sendiri... pakai dawai salut plastik hijau tu pun boleh... lembut skit.. tp kalau pasu berat mau jatuh bederai...

    ReplyDelete